HANYA
SEJARAH
KAU bunuhlah ingatan
biar aku kosong di dalam diri
tulip sudah begitu mengakari bendang hati
saat aku tidak lagi membaja kenangan
kalau mampu biarlah aku menjadi hancur
umpan debu-debu yang dhaif
ditiup angin malar
KAU bakarlah segala kenangan
biar aku tidak punyai sejarah
kerana ia bukan sebuah ungkitan
adalah ingatan demi ingatan
yang tetap hidup memugar dalam diri
KAU putuskan rindu yang genting ini
biar aku tidak punyai warna hati
dan tidak kenal lagi erti sakit
atau luka
yang wujud
dalam sebuah sejarah
**aZaH KhaliDa**
KAU bunuhlah ingatan
biar aku kosong di dalam diri
tulip sudah begitu mengakari bendang hati
saat aku tidak lagi membaja kenangan
kalau mampu biarlah aku menjadi hancur
umpan debu-debu yang dhaif
ditiup angin malar
KAU bakarlah segala kenangan
biar aku tidak punyai sejarah
kerana ia bukan sebuah ungkitan
adalah ingatan demi ingatan
yang tetap hidup memugar dalam diri
KAU putuskan rindu yang genting ini
biar aku tidak punyai warna hati
dan tidak kenal lagi erti sakit
atau luka
yang wujud
dalam sebuah sejarah
**aZaH KhaliDa**
No comments:
Post a Comment