Thursday 2 August 2012


LENAKAN AKU

lenakan aku dengan ulit
dzikir cintaMU
biar aku berlama menarik gebar mimpi
peraduan rindu
yang terhias indah

KAU bariskan aku ayat-ayat NurunubuwwahMU
dadaku telah garing
menempik lahap pada rindu demi rinduMU
sehingga bunga teluki itu
kembangnya menggarap ke hati
dan mataku tersirna pada indahnya cipta
yang berwarna

KAUkah yang mengirimkan angin ribut
mengguyurkan cinta gelora
dan pesona kasih
tertewas aku pada deru rindu
yang menggelora
ajarlah aku melukis hati sendiri
saat rinduMU mengepung nubari
dalam ejek resah
tersimbahlah awal pagiku
menjadi dini yang berwarna pelangi
tangkai diriku, janganlah genting dan terputus
kerana aku sedang melayani segumpal cintaMU

dan
tautan abadi ini
menjadi sakarat dalam diriku

**AzaH KhaLiDa**
 

MAQAM FANA'

aku sudah menguak syu'aa'ulbashirah yang KAU tempa
di ruang ingatku
terpana aku dalam rebah lentur ini
KAU kurung aku di maqam fana'
tiada lagi apa-apa yang kulihat
hanya KAU dalam gedungMU
yang tak terbanding

duhai ENGKAU
ujiMU pada cinta
akupun terhirup sakarat sengsara
menggapai tak pernah kutemuiMU
hanya kalungan cinta kau lekat pada dadaku
dan leher ini

aku tidak pernah ada
pada wujudMU aku tidak apa-apa
sekadar cebis demi cebis
tiada harga
tiada nilai

aku mengetuk kamarMU
setelah kubuka luhur dan tulus
dari nubari sendiri
KAU terimalah aku
dari uncang cinta
dan serbat rindu
singkirkan apa saja daki
yang menebal pada dinding qalbuku
agar sentuh cinta padaMU
tidak lagi hanyir
dan bernoda


**AzaH

Top of Form
Bottom of Form



No comments:

Post a Comment