Friday 30 March 2012

LENA

LENA

lenakan aku dalam pelukan cintaMU
bergaul sarat mimpi luyut
lautan qalbu telah kurias oleh haruman kemboja
kelopak putihnya takkan kuleraikan
agar jatuhnya tidak berselerak mematah geringku

KEKASIH
ceburlah dingin rindu ini
dari langit yang membias ceritera
dzikir khafiku oles menjejes lejuh
hatiku basah lidahku terdiam
hanya KAU berselirat mendalam dan mengunjur
segenap nafsku biarlah menjadi sofiyyah padaMU
kerikil menikam tumit telah kupasrahkan
antara pedih terlahap
dan sayatan hiba
bergaul sebati menjadi adunan lena
setiap baringku

KAU
fanakan aku dalam rindu membuak dan menggelegak
kerana buihnya semakin mengapungku
kalau dzikir khafiku terlilit diam dan bisu
biarlah dzikir jahriku tak terhias keping riak
kerana di sini
aku tidak lagi mampu
mengutip luruhnya rindu yang memercik serata
basahnya telah mencarikkan segala ruh cinta
sentuhilah dadaku, KEKASIH
dengan sarat cintaMU
biarlah meluyut mencakar perdu diri
namun aku tetap menadah kasihMU
luruh di ribaku
dalam dakap lena
yang tak ingn ku terjaga

'DA'

No comments:

Post a Comment