Wednesday 23 May 2012


DEDAHAN DAN RERANTING ITU

telah aku tercantas antara dedaunmu
rerantingku
janganlah terserpih
saat tiup sang bayu
meluruhkan beningnya
pada senja yang kemilau
menjatuhkan langsir pada labuhan malam
salam yang terhantar
dari geluk puisi ini
aku sedang mengirai kencana dari hatiimu

singgahlah wahai sang unggas
memagut pada kuping dedahanku
jangan biar merebih merekah
mohon KAU usap ke hatiku
melontarkan kejap janji
tak terlerai oleh luruhnya
helai demi helaii daun meliuk

rerantingku
akan tetap kukutip kalau kau terserkah
dan menjulur ke lantai rerumput
nanti aku melukis hati
dari debumu
yang hangus dalam tewas api rindu

dedahanku
lekuk pada kulitmu
adalah perisai musibah
jangan tergoyah pohon taqwa
kerana
aku sedang bergayut pada rekuh taatmu
takkan aku mengejek resah
selagi rinduMU mengepung seluruh bening jiwaku
dan terkocaklah jernih hati
mohon menumbuhkan bunga cnta
bersemarak dan indah

* AzaH KhalidA *

No comments:

Post a Comment