Saturday 26 May 2012


AKU TETAP MEMUJAMU

tersusunlah aksara pada dada langitMU
aku sedang memaknai setiap ugnkapan
yang KAU bariskan paa lahar cinta
takkan runtuh istana yang kupahatkan
dari selut dan tanah liat
rahim bumi tetap mendepangkan butiirannya
nanti aku bakal bersemadi
di situ
beralas lenganMu
yang Kau turapkan menjadi kental dan padat
untuk peraduanku yang selama

wahai angin malar
akan kuhirup sedut semerbak wangimu
menuras ke hati
biar jantungku bernafas dalam rahmatMU
aku pasti sedut tiap alir darah
yang mengharum
di dada dan palungan jiwa

Tuhan
aku tetap memujaMU biar berguris ke lurah rindu
aku takkan jemu meneguk tiap titis pedih
menyimpan sengsara ke dasar rasa
kerana aku sangat tahu
merinduiMU
suatu kesiksaan
yang menggetus diri

** AzaH KhalidA**



No comments:

Post a Comment