Wednesday 16 May 2012


CEBIS-CEBIS HATIMU

biarlah
cebis-cebis hatimu terus bermukim
di denai nubariku
QalamNYA telah terlakar pada LOH MAHFUZ
tak terpadam tinta yg telah mengering
kerana bukan lagi Takdir Mubram
sudah terlingkar ceritera kita
sejak azali

KEKASIH
akupun terus berbicara
di gubuk hatimu
saat pekik suaranya memantul
gigi pantai tetap menyatu bersama buih ombak
yang berselerak memecar seluruh ruang mercik

takkan luruhkah rambulan dari langit?
andai kuunjurkan seluruh benang cinta
menjadi tali pengikat sebu
dari nuraniku yang terdalam
terpintal kemas dan membelit segala
bisik rindu telah sekian musim
merenda cantik di denai cinta buat DIA

jangan KAU malapkan siangku dari racik cintaMU
saat kuusap cinta menyala
merahnya membara dalam asap  mengepul
di dada yang terkelar
api rindu tetap jua membakar
dalam dingin renung makrifat
hatiku menggebu meramas kasih
terlekat dan pekat  melikat
relung-relung hatiku telah kau ragut
kau bawa pergi bersama
dalam uncang cintaNYA
mendetik dan tergetar pejal

akankah terus aku di sini
menanti pelangi menjadi jambatan
menghubungkan rindu
kitapun saling melakar cinta
yang tetap indah
dalam pelukanNYA


*azah khalida*

No comments:

Post a Comment